OBJEKTIF
01) Menggunakan kata – kata bertatasusila untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.
02) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat berdasarkan maklumat dalam iklan.
03) Menyebut dan mencatat tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan akibat mengingkarinya.
PENGENALAN
Jalan raya merupakan laluan bergerak utama kenderaan seperti kereta, lori, bas, motosikal, dan basikal malah juga untuk pejalan kaki.
Jalan raya mempunyai peraturan yang tersendiri supaya semua pihak dapat menggunakan jalan raya dengan selesa, baik dan selamat.
Antara contoh peraturan jalan raya ialah mematuhi papan-papan tanda lalulintas, lampu isyarat, garisan di jalan raya, had laju, memakai tali pinggang keselamatan dan sebagainya.
Antara petua keselamatan jalan raya ialah:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk memandu,
b) Mempunyai pengetahuan tentang peraturan jalan raya atau lalulintas,
c) Merancang perjalanan,
d) Mematuhi had laju, lampu isyarat dan garis panduan memotong atau memasuki lorong jalan,
e) Memakai tali pinggang keselamatan dan topi keledar dengan betul, dan
f) Mengutamakan pejalan kaki dan penunggang motosikal.
AKTIVITI
Aktiviti 01
![]() |
Apakah yang anda boleh terangkan mengenai gambar di atas? |
Aktiviti 02
![]() |
Binakan dialog ringkas mengenai murid semasa berada di kantin. |
Aktiviti 03 [Kad Situasi]
Lakonkan situasi di keenam-enam kad ini dan kemudian bincangkan soalan berikut;
• Mengapakah peraturan tersebut diperkenal?
• Apakah kemungkinan jika tidak mematuhi peraturan tersebut?
• Apakah kesan jika tidak mematuhi peraturan tersebut?
Aktiviti 04
- Lihat paparan slaid -
- Tonton video Sos Cili -
Aktiviti 05 [Ikrar]
![]() |
Karang Ikrar anda untuk mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya |
- Tonton video Pertimbangan -
KESIMPULAN
a) Sentiasa patuhi undang-undang dan peraturan lalulintas tidak kira sama ada anda adalah seorang pejalan kaki, penunggang motosikal atau pemandu.
b) Beringat sebelum kena. Ingatlah orang yang tersayang.
Pautan Tambahan:
a) Pandu Cermat [Bacaan lanjut]
a) Permainan Interaktif
b) Kempen Media [Video dan Bahan Cetak]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan